Posted by admin | Posted in Pesanan | Posted on 21-04-2010
Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog MoYus.com.
Apa khabar hari ni? Saya harapkan semuanya sihat walafiat dan sentiasa positif menempuh hari yang mendatang.
Kenapa tajuk kita hari ni, selalunya tak bagi kita berburuk sangka TAPI kali ni lain pulak. Hehe..
, sebenarnya saya menulis post kali ini untukĀ
pesanan kepada diri saya sendiri, dan jika anda sudi terma pesanan ini, simpanlah ye. Saya baru lepas menonton drama bersiri “Aku Terima Nikahnya” Episod 3, Astro Oasis, tu sebab la nak tulis kat blog ini, sebab tengah ingat, nanti takut terlupa pula..hehe
Tentang drama ini, dipendekkan cerita adalah episod yang berkisar tentang si isteri yang buruk sangka, atau over cemburu terhadap suaminya. Ini adalah kesimpulan yang saya dapat daripada ulasan Ustazah yang memberi penerangan di dalam cerita itu tadi.
Buruk sangka terbahagi kepada 2 jenis ;
- yang membawa kepada kehancuran, atau
- yang membawa kepada kebaikan.
Buruk sangka yang membawa kepada kehancuran ini patutlah dielak, supaya tidak terus membawa diri kearah kebinasaan. Sebagai contoh, seorang isteri yang buruk sangka kepada suaminya pastinya akan tertekan, menyalahkan si suaminya setiap masa, sentiasa mencari kesalahan si suami tadi dan pastinya pertengkaran tidak akan memberikan hasil yang baik. Kisah cerai, kisah penderaan, kisah tekanan mental, kisah hilang kewarasan diri mungkin boleh terjadi. TETAPI jika kita cuba membawa buruk sangka yang membawa kepada kebaikan.
Buruk sangka yang membawa kebaikan pula adalah terjadi JIKA si isteriĀ
sentiasa mengadu kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui. Jika terlintas atau merasakan si suami hampir melakukan dosa, tadahlah tangan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk kepada dirinya, berikan petunjuk kapada diri ini agar terlindung dari fitnah dunia. Hanya Allah SWT Pemilik Sekalian Alam, tubuhnya milikMu, hatinya milikMu, aku memohon jagalah hatinya supaya tetap kepadaMu.
Dalam kisah rumahtangga ini, si isteri haruslah sentiasa bergantung kepada Tuhan, mengadu segala permasalahan kepadaNya, memohon petunjuk dariNya, kerana hanya padaNya la kita wajib memperhambakan diri.
Tiada tempat lain yang mampu membantu kita selain kepada Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani.
Wallahualam.
Sebenarnya, bukan hanya si isteri bahkan si suami juga patut peka tentang hal ini supaya rumah tangga sentiasa diberkati dan dilindungi dengan rahmatNya. Amin.
Dikutip dari rakan facebook Noridah Mansur ;
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawab…an salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama2 dgn salam itu.
Sekian, terima kasih.
-MoYus-
~Dari Cikgu Usop~

