Apa khabar semua rakan cyber saya semua, diharapkan saudara saudari semua sihat sejahtera dan aman sentosa
. Ini adalah post ke 2 saya dalam blog ni. So idea menulis tu masih belum terbentuk, bakat menulis yang ada pun dah lama terhakis selepas peperiksaan STPM kertas sejarah..hehe kalau ada antara saudara-saudari yang ambil kertas sejarah untuk STPM pastinya mengerti kan. Betapa seksanya nak menulis jawapan esei tu kan..ok la, dah terbang kemana pulak ni. Sebelum saya hanyut dengan celoteh yang pelik-pelik . Baik kita fokus kembali kepada tajuk yang post kali ini..
Pepatah tamil dan Motivasi kita, kredit kepada Puan Ainon Mohd, penulis buku yang terkenal di Malaysia dan di wall Facebook pencinta ilmu semua. Pepatah yang dimaksudkan adalah ;
Pokok Yang Buahnya Manis Sahaja Dibaling Orang….
Apa yang saudara saudari difikirkan semasa pertama kali membaca pepatah ini? Tentunya ada yang berpendapat, yang masam pun dibaling orang jugak, adayang berpendapat buah yang manis sahaja dijual dan yang buruk dimakan sendiri.
TAPI pendapat saya pepetah ini amat sesuai sekiranya ingin digunakan sebagai penguat semangat. Bagi saya buah yang dimaksudkan mungkin bererti PENDAPAT , PERBUATAN , KATA-KATA dan lain-lain yang berkaitan. Disini saya berpendapat, perbuatan atau pendapat yang baik , yang berguna pastinya akan dihina , atau difitnah oleh orang lain yang dengki.
Ada betulnya juga pepatah ini bila ada orang yang sentiasa berprasangka buruk terhadap kita sekiranya kita melakukan sesuatu perkara. Bagi saya, BIARLAH apa orang nak kata dan yang PENTING kita sendiri tahu apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan adalah berlandaskan fakta yang sahih dan TIDAK melanggar HUKUM SYARAK.
Sememangnya mulut orang tidak mampu untuk kita tutup, tak kira apa yang kita buat pastinya ada yang membantah dan ada yang menyokong. Seperti yang saya katakan tadi , asalkan tidak melanggar HUKUM AGAMA, kita berhak untuk melakukan apa yang kita rasa betul dan katakan apa yang kita rasakan benar. Betul tak?
Tidak Melanggar Hukum Agama Adalah Kewajipan Kita ..
Sekian ..
Best Regards,
- Mohd Yusof OWNer of MoYus-

