Kosong Bila Tiada Perancangan dan Motivasi

0

Posted by admin | Posted in Motivasi, Pesanan | Posted on 01-03-2010

Salam Sejahtera buat rakan-rakan semua ..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog MoYus.com ni. Hari ini hanya perkongsian ringkas sahaja dari saya buat anda semua.

Kosong ? Kenapa kosong menjadi tajuk post saya kali ini. Situasi “blank” atau “blur” mesti berlaku pada sesetengah orang. Pernah tak antara anda yang mengalami situasi begini? Semasa sedang membuat sesuatu kerja atau tugasan, tiba-tiba fikiran rasa blur, atau melayang secara tiba-tiba , memikirkan perkara yang pelik-pelik atau perkara yang tidak ada kena mengena dengan kerja yang sedang dilakukan.

Saya hanya ingin berceloteh sahaja kali ini kerana saya pernah dan sedang berada di dalam situasi itu sewaktu post ini ditulis. :-) Sebelum meneruskan pembacaan, saya ingin memohon maaf sekiranya membazirkan masa saudara-saudari untuk membaca post ini kerana saya tidak melakukan apa-apa rujukan untuk mengukuhkan info didalam post kali ini. Ia hanyalah sekadar perkongsian peribadi dari saya.

Semasa melayari dan meng’update’ status Facebook, saya telah membuat satu Status berbentuk soalan yang memerlukan pandangan rakan-rakan FB saya. Saya bertanyakan sekiranya ada rakan-rakan yang boleh berkongsi motivasi dengan saya. Ada memberi pendapat yang bernas.

Untuk motivasi, terdapat 2 jenis motivasi iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran. Hidayah daripada Allah Subahanahu Wa Taala juga adalah salah satu sumber motivasi yang dilahirkan dalam bentuk ilham.

Motivasi dalaman adalah motivasi yang cuba dibina didalam diri sendiri yang juga antara ilham daripada Maha Kuasa. Motivasi luaran pula adalah motivasi yang berada di sekeliling kita.
Tak dinafikan kira amat memerlukan motivasi luaran ini, jika tidak takkan penceramah motivasi boleh cari makan kan? hehe..:-)

Antara sumber motivasi luaran adalah :

  • Saudara terdekat (ayah, ibu, saudara mara)
  • Rakan rakan yang positif
  • Alam sekitar
  • dan ada juga yang boleh mendapat motivasi daripada perilaku atau melihat gelagat orang lain.

Kesemua sumber motivasi ini mempunyai kuasa atau tarikan yang berbeza terhadap seseorang yang inginkan motivasi itu. Kesannya juga berbeza. Akan tetapi apa yang paling penting adalah keinginan seseorang itu untuk menerima apa yang disampaikan oleh orang yang cuba memberi motivasi kepadanya.

Untuk menghasilkan Kuasa Motivasi yang kuat adalah dengan berfikiran POSITIF. Jika orang yang inginkan motivasi dan orang yang memotivasikan mempunyai Aura Positif yang kuat , cuba bayangkan mungkin hasil perkongsian itu mampu untuk memotivasikan orang itu untuk tempoh masa yang lama.

Jadi, cuba lah untuk menjadi seorang yang positif, moga-moga ia mampu memberi sesuatu kepada kita. Sekian saja la perkongsian saya kali ini, mungkin saya akan sambung tajuk ini disuatu ketika yang lain :-)

Terima kasih.

Best Ragards,

- Mohd Yusof  or MoYus -

Write a comment