Posted by admin | Posted in Celoteh Peribadi | Posted on 11-04-2010
Salam sejahtera semua..
Post kali ini adalah post milik peribadi saya, saya cuma ingin meluahkan apa yang saya fikir dab rasakan sahaja. Mungkin anda pernah mengalami masalah yang sama dengan saya dan ingin mengambil iktibar dari cerita diri saya ini.
BILA NAK BERUBAH NI?? Ini adalah soalan yang sering saya tanya pada diri saya sekiranya saya melihat orang lain telah berjaya padahal saya dan orang tu tidak banyak beza dari segi pendidikan atau mungkin kelihatan setaraf dengan saya.
Bila saya cemburu dengan orang tu, pasti saya akan mengeluh. Menyalahkan diri kerana tidak mahu berubah. Saya sedar tentang kelemahan atau kekurangan saya dari individu tersebut tetapi tidak mahu berubah. Kadang-kadang saya pun mencari-cari kenapa saya masih begini.
Kenapa? Kenapa ?
Tapi satu hari saya terjumpa NOTA lama, secebis nota lama yang digunakan untuk mengambil nota (konon-kononnya) di dalam sebuah seminar motivasi. Walaupun saya tidak suka menulis nota TETAPI di dalamnya terdapat beberapa patah perkataan yang memberi jawapan kepada soalan saya selama ini. Jawapan kenapa saya masih berada di takuk lama lagi. Apa yang ditulis saya ketika itu??
Sedar sahaja TIDAK cukup jika TIDAK BERTINDAK.
Itu sahaja, bila saya fikir balik kenapa saya tulis kata-kata ini, baru saya menyedari apa yang buat saya hanya mampu mengeluh..mengeluh..dan berterusan mengeluh. Kerana saya masih TIDAK BERTINDAK.
Untuk membuktikan kata-kata ini betul, cuba kita bayangkan sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya mata. Di waktu malam ketika mereka sedang tidur, tiba-tiba anak kecil tadi menangis. Sepasang suami isteri tadi tersedar dari tidur lalu kedua-duanya bangun lantas melayan ragam anaknya dan menidurkannya semula.
Cuba kita lihat sekiranya, kedua-duanya sedar dari tidur,
tetapi tidak bangun untuk melayan anaknya tadi. Adakah anak tadi kan tidur semula? Adakah masalah anak yang mungkin lapar, sakit perut tadi akan selesai. Sudah tentu TIDAK, bukan? Oleh itu, bertindak selepas tersedar mungkin merubah hasil di masa akan datang. Bertindaklah supaya si kecil tadi mampu tersenyum gembira. (Comel kan..:-))
Jika hanya sedar, kita pasti tidak akan kemana.
Oleh itu, bertindaklah untuk mengubah masa depan kita.
Sekian, terima kasih.
Mohd Yusof
~Your beloved MoYus.com Author~
