Keluarkan Keunikan Diri atau Bisnes Untuk Berjaya

0

Posted by admin | Posted in Bisnes, Motivasi, Pesanan | Posted on 10-04-2010

Salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini, rasanya agak lama dah saya tidak meulis di blog ini. Semuanya kerana mempunyai beberapa komitmen lain. Walaubagaimanapun, saya tetap akan update blog ini, tak kira lambat atau cepat. Bak satu kata-kata Inggeris yang berbunyi “Better Late Than Never” ..hehe

Seperti tajuk diatas yang berbunyi, keluarkan keunikan diri atau bisnes untuk berjaya. Kenapa perlu unik untuk berjaya. Izinkan saya untuk memberikan satu analogi untuk menerangkan tajuk kali ini.

Di suatu pagi, dalam sesi temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, semua calon yang berpakaian kemas telah bersedia dengan  membawa resume, gambar, sijil-sijil dan secebis keyakinan untuk ditemuduga. Seorang demi seorang masuk ke bilik temuduga, kesemua menjawab soalan dengan sedikit gugup tetapi tetap ingin kelihatan berkeyakinan. Apa yang menariknya dalam sesei temuduga itu, terdapat seorang calon bernama Ahmad yang membawa komputer bimbitnya..Kenapa?? Adakah kerana baru ingin mencari maklumat tentang syarikat majikan?? Atau ingin menunjuk laptopnya yang terbaru ??

Rupa-rupanya, semasa beliau ditemuduga, beliau menggunakan laptopnya untuk menunjukkan hasil kerja beliau dan membuat satu persembahan slide untuk profil peribadinya. Semua hasil kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, disusun dalam satu folder dan disusun dengan kemas. Semuanya seperti satu pembentangan perniagaan yang menarik. Setelah selesai, dia memberi sekeping cd bersama resume dan salinan sijil kepada pihak penemuduga untuk rujukan.

Ya, ini yang dikatakan UNIK . Kita perlu mencari satu benda yang membuatkan kita berbeza dari orang lain dan pastikan ia menujukkan kita lebih baik dari orang lain. Disitu, kita akan dapat lihat persaingan secara sihat berlaku. Semestinya, apabila kita kelihatan berbeza dalam ertikata yang lebih menarik, pastinya kewujudan kita akan meinggalkan kesan terhadap seseorang atau dalam kisah tadi, terhadap penemuduga tersebut.

Perkara yang unik ini juga dikenali sebagai “Unique Selling Point (USP)

Sama juga dalam bidang perniagaan, kita perlu jadi unik untuk kita mudah mendapat perhatian daripada bakal pelanggan .

Contohnya seperti Butik Pakaian Pengantin.

Saya tertarik dengan satu iklan yang saya lihat di ruangan iklan beberapa hari lepas. Mereka buka sahaja bekalkan pakaian pengantin, malah servis DJ, tempahan bunga telur, tempahan persembahan silat, kompang dan marhaban dan beberapa servis lain. Yang menarik perhatian saya adalah tempahan Persembahan Silat tu. Menarik bukan. Jadi kalau anda mempunyai butik pakaian pengantin, boleh lah cari perkara-perkara yang boleh memberi nilai tambah kepada perkhidmatan anda.

Jika tidak mempunyai modal, boleh juga mencari mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, dan bergabung atau berurusan dengan mereka supaya mendapat keuntungan bersama. Win-Win Situation. :-)

Kesimpulannya, carilah Unique Selling Point anda atau perniagaan anda untuk menjadikan kita mempunyai keistimewaan tersendiri.

Sekian.

Mohd Yusof
MoYus is My Nickname

Tetapkan Matlamat dan Kekal Fokus Untuk Berjaya

0

Posted by admin | Posted in Motivasi, Pesanan | Posted on 13-03-2010

Salam sejahtera buat rakan-rakan semua.

Dah lama juga saya tak menulis di blog ini, hari ini ingin mencuba lagi untuk menggilap bakat menulis yang saya ada untuk menulis sesuatu yang berguna untuk semua.

Tajuk kali ini agak menarik bukan ?

Matlamat…

Matlamat adalah sesuatu hala tuju yang diigini oleh setiap orang. Ada matlamat jangka panjang dan ada matlamat jangka pendek . Setiap orang pastinya mempunyai matlamat yang terbaik buat dirinya. Ok bagaimana untuk menetapkan matlamat. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk menetapkan matlamat.

  1. Mengenalpasti apa yang betul-betul diinginkan.
  2. Cuba kaji apa yang perlu untuk menjadikan matlamat itu tercapai.
  3. Cuba tetapkan matlamat selengkap mungkin.
  4. Selepas tetapkan matlamat jangka masa panjang, cuba senaraikan matlamat-matlamat jangka pendek yang berkaitan dengan hasil kajian anda terhadap matlamat jangka masa panjang yang dilakukan sebelum ini.
  5. Selepas itu, tuliskan semuanya pada sekeping kertas dan sentiasa baca kertas itu apabila anda terlupa matlamat sebenar anda.
  6. Untuk memastikan matlamat anda tercapai, PASTIKAN anda kekal pada satu-satu matlamat atau ‘goal’ pada satu-satu masa untuk mengelakkan anda keliru.

Penetapan matlamat adalah penting bagi memastikan kita sentiasa fokus dan sentiasa ‘alert’ tentang apa yang kita lakukan. Ia juga mengelakkan kita daripada hanyut diawangan-awangan.

Selepas anda menetapkan matlamat, terdapat perkara lain yang PALING PENTING untuk menentukan kita mencapai matlamat tersebut atau tidak. Perkara ini juga adalah antara yang selalu diabaikan dan diambil ringan oleh sesetengah individu dan seterusnya mengakibatkan kegagalan untuk mencapai matlamat tersebut.

Perkara tersebut adalah KEKAL FOKUS. Betul bukan, kadang kala apabila kita bersemangat untuk membuat sesuatu perkara itu, tiba-tiba ada perkara lain yang lebih menarik minat kita untuk mencubanya. Ha, inilah yang dikatakan ujian. Untuk mencapai matlamat yang baik, semestinya banyak ujian yang pasti akan muncul.

Oleh itu, bekerja keras la untuk KEKAL FOKUS.

Ok la, saya rasa sudah cukup celoteh saya kali ini . TAPI ada perkara yang perlu dingatkan iaitu, “Matlamat Tak MengHalalkan Cara”. Kiranya macam , matlamat untuk bersedekah kepada anak yatim dengan cara mengambil rasuah. Oleh itu, jangan buat perkara yang tidak dibenarkan syarak ye. :-)

Allah Memberi Ilham Untuk Kita Merancang,
Allah Juga yang Menentukan .

Sekian , Terima Kasih.

Best Regards,

Mohd Yusof
-MoYus is my Acronim-

Kosong Bila Tiada Perancangan dan Motivasi

0

Posted by admin | Posted in Motivasi, Pesanan | Posted on 01-03-2010

Salam Sejahtera buat rakan-rakan semua ..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog MoYus.com ni. Hari ini hanya perkongsian ringkas sahaja dari saya buat anda semua.

Kosong ? Kenapa kosong menjadi tajuk post saya kali ini. Situasi “blank” atau “blur” mesti berlaku pada sesetengah orang. Pernah tak antara anda yang mengalami situasi begini? Semasa sedang membuat sesuatu kerja atau tugasan, tiba-tiba fikiran rasa blur, atau melayang secara tiba-tiba , memikirkan perkara yang pelik-pelik atau perkara yang tidak ada kena mengena dengan kerja yang sedang dilakukan.

Saya hanya ingin berceloteh sahaja kali ini kerana saya pernah dan sedang berada di dalam situasi itu sewaktu post ini ditulis. :-) Sebelum meneruskan pembacaan, saya ingin memohon maaf sekiranya membazirkan masa saudara-saudari untuk membaca post ini kerana saya tidak melakukan apa-apa rujukan untuk mengukuhkan info didalam post kali ini. Ia hanyalah sekadar perkongsian peribadi dari saya.

Semasa melayari dan meng’update’ status Facebook, saya telah membuat satu Status berbentuk soalan yang memerlukan pandangan rakan-rakan FB saya. Saya bertanyakan sekiranya ada rakan-rakan yang boleh berkongsi motivasi dengan saya. Ada memberi pendapat yang bernas.

Untuk motivasi, terdapat 2 jenis motivasi iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran. Hidayah daripada Allah Subahanahu Wa Taala juga adalah salah satu sumber motivasi yang dilahirkan dalam bentuk ilham.

Motivasi dalaman adalah motivasi yang cuba dibina didalam diri sendiri yang juga antara ilham daripada Maha Kuasa. Motivasi luaran pula adalah motivasi yang berada di sekeliling kita.
Tak dinafikan kira amat memerlukan motivasi luaran ini, jika tidak takkan penceramah motivasi boleh cari makan kan? hehe..:-)

Antara sumber motivasi luaran adalah :

  • Saudara terdekat (ayah, ibu, saudara mara)
  • Rakan rakan yang positif
  • Alam sekitar
  • dan ada juga yang boleh mendapat motivasi daripada perilaku atau melihat gelagat orang lain.

Kesemua sumber motivasi ini mempunyai kuasa atau tarikan yang berbeza terhadap seseorang yang inginkan motivasi itu. Kesannya juga berbeza. Akan tetapi apa yang paling penting adalah keinginan seseorang itu untuk menerima apa yang disampaikan oleh orang yang cuba memberi motivasi kepadanya.

Untuk menghasilkan Kuasa Motivasi yang kuat adalah dengan berfikiran POSITIF. Jika orang yang inginkan motivasi dan orang yang memotivasikan mempunyai Aura Positif yang kuat , cuba bayangkan mungkin hasil perkongsian itu mampu untuk memotivasikan orang itu untuk tempoh masa yang lama.

Jadi, cuba lah untuk menjadi seorang yang positif, moga-moga ia mampu memberi sesuatu kepada kita. Sekian saja la perkongsian saya kali ini, mungkin saya akan sambung tajuk ini disuatu ketika yang lain :-)

Terima kasih.

Best Ragards,

- Mohd Yusof  or MoYus -

Pepatah Tamil dan Motivasi Kita

0

Posted by admin | Posted in Motivasi, Pesanan | Posted on 24-02-2010

Salam..

Apa khabar semua rakan cyber saya semua, diharapkan saudara saudari semua sihat sejahtera dan aman sentosa :-) . Ini adalah post ke 2 saya dalam blog ni. So idea menulis tu masih belum terbentuk, bakat menulis yang ada pun dah lama terhakis selepas peperiksaan STPM kertas sejarah..hehe kalau ada antara saudara-saudari yang ambil kertas sejarah untuk STPM pastinya mengerti kan. Betapa seksanya nak menulis jawapan esei tu kan..ok la, dah terbang kemana pulak ni. Sebelum saya hanyut dengan celoteh yang pelik-pelik . Baik kita fokus kembali kepada tajuk yang post kali ini..

Pepatah tamil dan Motivasi kita, kredit kepada Puan Ainon Mohd, penulis buku yang terkenal di Malaysia dan di wall Facebook pencinta ilmu semua. Pepatah yang dimaksudkan adalah ;

Pokok Yang Buahnya Manis Sahaja Dibaling Orang….

Apa yang saudara saudari difikirkan semasa pertama kali membaca pepatah ini? Tentunya ada yang berpendapat, yang masam pun dibaling orang jugak, adayang berpendapat buah yang manis sahaja dijual dan yang buruk dimakan sendiri.

TAPI pendapat saya pepetah ini amat sesuai sekiranya ingin digunakan sebagai penguat semangat. Bagi saya buah yang dimaksudkan mungkin bererti PENDAPAT , PERBUATAN , KATA-KATA dan lain-lain yang berkaitan. Disini saya berpendapat, perbuatan atau pendapat yang baik , yang berguna pastinya akan dihina , atau difitnah oleh orang lain yang dengki.

Ada betulnya juga pepatah ini bila ada orang yang sentiasa berprasangka buruk terhadap kita sekiranya kita melakukan sesuatu perkara. Bagi saya, BIARLAH apa orang nak kata dan yang PENTING kita sendiri tahu apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan adalah berlandaskan fakta yang sahih dan TIDAK melanggar HUKUM SYARAK.

Sememangnya mulut orang tidak mampu untuk kita tutup, tak kira apa yang kita buat pastinya ada yang membantah dan ada yang menyokong. Seperti yang saya katakan tadi , asalkan tidak melanggar HUKUM AGAMA, kita berhak untuk melakukan apa yang kita rasa betul dan katakan apa yang kita rasakan benar. Betul tak? :-)

Tidak Melanggar Hukum Agama Adalah Kewajipan Kita ..

Sekian ..

Best Regards,
- Mohd Yusof OWNer of MoYus-