Keluarkan Keunikan Diri atau Bisnes Untuk Berjaya

0

Posted by admin | Posted in Bisnes, Motivasi, Pesanan | Posted on 10-04-2010

Salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini, rasanya agak lama dah saya tidak meulis di blog ini. Semuanya kerana mempunyai beberapa komitmen lain. Walaubagaimanapun, saya tetap akan update blog ini, tak kira lambat atau cepat. Bak satu kata-kata Inggeris yang berbunyi “Better Late Than Never” ..hehe

Seperti tajuk diatas yang berbunyi, keluarkan keunikan diri atau bisnes untuk berjaya. Kenapa perlu unik untuk berjaya. Izinkan saya untuk memberikan satu analogi untuk menerangkan tajuk kali ini.

Di suatu pagi, dalam sesi temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, semua calon yang berpakaian kemas telah bersedia denganĀ  membawa resume, gambar, sijil-sijil dan secebis keyakinan untuk ditemuduga. Seorang demi seorang masuk ke bilik temuduga, kesemua menjawab soalan dengan sedikit gugup tetapi tetap ingin kelihatan berkeyakinan. Apa yang menariknya dalam sesei temuduga itu, terdapat seorang calon bernama Ahmad yang membawa komputer bimbitnya..Kenapa?? Adakah kerana baru ingin mencari maklumat tentang syarikat majikan?? Atau ingin menunjuk laptopnya yang terbaru ??

Rupa-rupanya, semasa beliau ditemuduga, beliau menggunakan laptopnya untuk menunjukkan hasil kerja beliau dan membuat satu persembahan slide untuk profil peribadinya. Semua hasil kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, disusun dalam satu folder dan disusun dengan kemas. Semuanya seperti satu pembentangan perniagaan yang menarik. Setelah selesai, dia memberi sekeping cd bersama resume dan salinan sijil kepada pihak penemuduga untuk rujukan.

Ya, ini yang dikatakan UNIK . Kita perlu mencari satu benda yang membuatkan kita berbeza dari orang lain dan pastikan ia menujukkan kita lebih baik dari orang lain. Disitu, kita akan dapat lihat persaingan secara sihat berlaku. Semestinya, apabila kita kelihatan berbeza dalam ertikata yang lebih menarik, pastinya kewujudan kita akan meinggalkan kesan terhadap seseorang atau dalam kisah tadi, terhadap penemuduga tersebut.

Perkara yang unik ini juga dikenali sebagai “Unique Selling Point (USP)

Sama juga dalam bidang perniagaan, kita perlu jadi unik untuk kita mudah mendapat perhatian daripada bakal pelanggan .

Contohnya seperti Butik Pakaian Pengantin.

Saya tertarik dengan satu iklan yang saya lihat di ruangan iklan beberapa hari lepas. Mereka buka sahaja bekalkan pakaian pengantin, malah servis DJ, tempahan bunga telur, tempahan persembahan silat, kompang dan marhaban dan beberapa servis lain. Yang menarik perhatian saya adalah tempahan Persembahan Silat tu. Menarik bukan. Jadi kalau anda mempunyai butik pakaian pengantin, boleh lah cari perkara-perkara yang boleh memberi nilai tambah kepada perkhidmatan anda.

Jika tidak mempunyai modal, boleh juga mencari mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, dan bergabung atau berurusan dengan mereka supaya mendapat keuntungan bersama. Win-Win Situation. :-)

Kesimpulannya, carilah Unique Selling Point anda atau perniagaan anda untuk menjadikan kita mempunyai keistimewaan tersendiri.

Sekian.

Mohd Yusof
MoYus is My Nickname