Boleh Kalau Nak Buruk Sangka

0

Posted by admin | Posted in Pesanan | Posted on 21-04-2010

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog MoYus.com.

Apa khabar hari ni? Saya harapkan semuanya sihat walafiat dan sentiasa positif menempuh hari yang mendatang.

Kenapa tajuk kita hari ni, selalunya tak bagi kita berburuk sangka TAPI kali ni lain pulak. Hehe.. :-) , sebenarnya saya menulis post kali ini untuk pesanan kepada diri saya sendiri, dan jika anda sudi terma pesanan ini, simpanlah ye. Saya baru lepas menonton drama bersiri “Aku Terima Nikahnya” Episod 3, Astro Oasis, tu sebab la nak tulis kat blog ini, sebab tengah ingat, nanti takut terlupa pula..hehe :-)

Tentang drama ini, dipendekkan cerita adalah episod yang berkisar tentang si isteri yang buruk sangka, atau over cemburu terhadap suaminya. Ini adalah kesimpulan yang saya dapat daripada ulasan Ustazah yang memberi penerangan di dalam cerita itu tadi.

Buruk sangka terbahagi kepada 2 jenis ;

  1. yang membawa kepada kehancuran, atau
  2. yang membawa kepada kebaikan.

Buruk sangka yang membawa kepada kehancuran ini patutlah dielak, supaya tidak terus membawa diri kearah kebinasaan. Sebagai contoh, seorang isteri yang buruk sangka kepada suaminya pastinya akan tertekan, menyalahkan si suaminya setiap masa, sentiasa mencari kesalahan si suami tadi dan pastinya pertengkaran tidak akan memberikan hasil yang baik. Kisah cerai, kisah penderaan, kisah tekanan mental, kisah hilang kewarasan diri mungkin boleh terjadi. TETAPI jika kita cuba membawa buruk sangka yang membawa kepada kebaikan.

Buruk sangka yang membawa kebaikan pula adalah terjadi JIKA si isteri sentiasa mengadu kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui. Jika terlintas atau merasakan si suami hampir melakukan dosa, tadahlah tangan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk kepada dirinya, berikan petunjuk kapada diri ini agar terlindung dari fitnah dunia. Hanya Allah SWT Pemilik Sekalian Alam, tubuhnya milikMu, hatinya milikMu, aku memohon jagalah hatinya supaya tetap kepadaMu.

Dalam kisah rumahtangga ini, si isteri haruslah sentiasa bergantung kepada Tuhan, mengadu segala permasalahan kepadaNya, memohon petunjuk dariNya, kerana hanya padaNya la kita wajib memperhambakan diri.

Tiada tempat lain yang mampu membantu kita selain kepada Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani.

Wallahualam.

Sebenarnya, bukan hanya si isteri bahkan si suami juga patut peka tentang hal ini supaya rumah tangga sentiasa diberkati dan dilindungi dengan rahmatNya. Amin.

Dikutip dari rakan facebook Noridah Mansur ;

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawab…an salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama2 dgn salam itu.

Sekian, terima kasih.

-MoYus-
~Dari Cikgu Usop~ :-)

Bila Nak Berubah Ni?

0

Posted by admin | Posted in Celoteh Peribadi | Posted on 11-04-2010

Salam sejahtera semua..

Post kali ini adalah post milik peribadi saya, saya cuma ingin meluahkan apa yang saya fikir dab rasakan sahaja. Mungkin anda pernah mengalami masalah yang sama dengan saya dan ingin mengambil iktibar dari cerita diri saya ini.

BILA NAK BERUBAH NI?? Ini adalah soalan yang sering saya tanya pada diri saya sekiranya saya melihat orang lain telah berjaya padahal saya dan orang tu tidak banyak beza dari segi pendidikan atau mungkin kelihatan setaraf dengan saya.

Bila saya cemburu dengan orang tu, pasti saya akan mengeluh. Menyalahkan diri kerana tidak mahu berubah.  Saya sedar tentang kelemahan atau kekurangan saya dari individu tersebut tetapi tidak mahu berubah. Kadang-kadang saya pun mencari-cari kenapa saya masih begini. :-(

Kenapa? Kenapa ?

Tapi satu hari saya terjumpa NOTA lama, secebis nota lama yang digunakan untuk mengambil nota (konon-kononnya) di dalam sebuah seminar motivasi. Walaupun saya tidak suka menulis nota TETAPI di dalamnya terdapat beberapa patah perkataan yang memberi jawapan kepada soalan saya selama ini. Jawapan kenapa saya masih berada di takuk lama lagi. Apa yang ditulis saya ketika itu??

Sedar sahaja TIDAK cukup jika TIDAK BERTINDAK.

Itu sahaja, bila saya fikir balik kenapa saya tulis kata-kata ini, baru saya menyedari apa yang buat saya hanya mampu mengeluh..mengeluh..dan berterusan mengeluh. Kerana saya masih TIDAK BERTINDAK.

Untuk membuktikan kata-kata ini betul, cuba kita bayangkan sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya mata. Di waktu malam ketika mereka sedang tidur, tiba-tiba anak kecil tadi menangis. Sepasang suami isteri tadi tersedar dari tidur lalu kedua-duanya bangun lantas melayan ragam anaknya dan menidurkannya semula.

Cuba kita lihat sekiranya, kedua-duanya sedar dari tidur, tetapi tidak bangun untuk melayan anaknya tadi. Adakah anak tadi kan tidur semula? Adakah masalah anak yang mungkin lapar, sakit perut tadi akan selesai. Sudah tentu TIDAK, bukan? Oleh itu, bertindak selepas tersedar mungkin merubah hasil di masa akan datang. Bertindaklah supaya si kecil tadi mampu tersenyum gembira. (Comel kan..:-))

Jika hanya sedar, kita pasti tidak akan kemana.
Oleh itu, bertindaklah untuk mengubah masa depan kita.

Sekian, terima kasih.

Mohd Yusof
~Your beloved MoYus.com Author~

Keluarkan Keunikan Diri atau Bisnes Untuk Berjaya

0

Posted by admin | Posted in Bisnes, Motivasi, Pesanan | Posted on 10-04-2010

Salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini, rasanya agak lama dah saya tidak meulis di blog ini. Semuanya kerana mempunyai beberapa komitmen lain. Walaubagaimanapun, saya tetap akan update blog ini, tak kira lambat atau cepat. Bak satu kata-kata Inggeris yang berbunyi “Better Late Than Never” ..hehe

Seperti tajuk diatas yang berbunyi, keluarkan keunikan diri atau bisnes untuk berjaya. Kenapa perlu unik untuk berjaya. Izinkan saya untuk memberikan satu analogi untuk menerangkan tajuk kali ini.

Di suatu pagi, dalam sesi temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, semua calon yang berpakaian kemas telah bersedia dengan  membawa resume, gambar, sijil-sijil dan secebis keyakinan untuk ditemuduga. Seorang demi seorang masuk ke bilik temuduga, kesemua menjawab soalan dengan sedikit gugup tetapi tetap ingin kelihatan berkeyakinan. Apa yang menariknya dalam sesei temuduga itu, terdapat seorang calon bernama Ahmad yang membawa komputer bimbitnya..Kenapa?? Adakah kerana baru ingin mencari maklumat tentang syarikat majikan?? Atau ingin menunjuk laptopnya yang terbaru ??

Rupa-rupanya, semasa beliau ditemuduga, beliau menggunakan laptopnya untuk menunjukkan hasil kerja beliau dan membuat satu persembahan slide untuk profil peribadinya. Semua hasil kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, disusun dalam satu folder dan disusun dengan kemas. Semuanya seperti satu pembentangan perniagaan yang menarik. Setelah selesai, dia memberi sekeping cd bersama resume dan salinan sijil kepada pihak penemuduga untuk rujukan.

Ya, ini yang dikatakan UNIK . Kita perlu mencari satu benda yang membuatkan kita berbeza dari orang lain dan pastikan ia menujukkan kita lebih baik dari orang lain. Disitu, kita akan dapat lihat persaingan secara sihat berlaku. Semestinya, apabila kita kelihatan berbeza dalam ertikata yang lebih menarik, pastinya kewujudan kita akan meinggalkan kesan terhadap seseorang atau dalam kisah tadi, terhadap penemuduga tersebut.

Perkara yang unik ini juga dikenali sebagai “Unique Selling Point (USP)

Sama juga dalam bidang perniagaan, kita perlu jadi unik untuk kita mudah mendapat perhatian daripada bakal pelanggan .

Contohnya seperti Butik Pakaian Pengantin.

Saya tertarik dengan satu iklan yang saya lihat di ruangan iklan beberapa hari lepas. Mereka buka sahaja bekalkan pakaian pengantin, malah servis DJ, tempahan bunga telur, tempahan persembahan silat, kompang dan marhaban dan beberapa servis lain. Yang menarik perhatian saya adalah tempahan Persembahan Silat tu. Menarik bukan. Jadi kalau anda mempunyai butik pakaian pengantin, boleh lah cari perkara-perkara yang boleh memberi nilai tambah kepada perkhidmatan anda.

Jika tidak mempunyai modal, boleh juga mencari mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, dan bergabung atau berurusan dengan mereka supaya mendapat keuntungan bersama. Win-Win Situation. :-)

Kesimpulannya, carilah Unique Selling Point anda atau perniagaan anda untuk menjadikan kita mempunyai keistimewaan tersendiri.

Sekian.

Mohd Yusof
MoYus is My Nickname