Salam sejahtera buat rakan-rakan semua.
Dah lama juga saya tak menulis di blog ini, hari ini ingin mencuba lagi untuk menggilap bakat menulis yang saya ada untuk menulis sesuatu yang berguna untuk semua.
Tajuk kali ini agak menarik bukan ?
Matlamat…
Matlamat adalah sesuatu hala tuju yang diigini oleh setiap orang. Ada matlamat jangka panjang dan ada matlamat jangka pendek . Setiap orang pastinya mempunyai matlamat yang terbaik buat dirinya. Ok bagaimana untuk menetapkan matlamat. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk menetapkan matlamat.
- Mengenalpasti apa yang betul-betul diinginkan.
- Cuba kaji apa yang perlu untuk menjadikan matlamat itu tercapai.
- Cuba tetapkan matlamat selengkap mungkin.
- Selepas tetapkan matlamat jangka masa panjang, cuba senaraikan matlamat-matlamat jangka pendek yang berkaitan dengan hasil kajian anda terhadap matlamat jangka masa panjang yang dilakukan sebelum ini.
- Selepas itu, tuliskan semuanya pada sekeping kertas dan sentiasa baca kertas itu apabila anda terlupa matlamat sebenar anda.
- Untuk memastikan matlamat anda tercapai, PASTIKAN anda kekal pada satu-satu matlamat atau ‘goal’ pada satu-satu masa untuk mengelakkan anda keliru.
Penetapan matlamat adalah penting bagi memastikan kita sentiasa fokus dan sentiasa ‘alert’ tentang apa yang kita lakukan. Ia juga mengelakkan kita daripada hanyut diawangan-awangan.
Selepas anda menetapkan matlamat, terdapat perkara lain yang PALING PENTING untuk menentukan kita mencapai matlamat tersebut atau tidak. Perkara ini juga adalah antara yang selalu diabaikan dan diambil ringan oleh sesetengah individu dan seterusnya mengakibatkan kegagalan untuk mencapai matlamat tersebut.
Perkara tersebut adalah KEKAL FOKUS. Betul bukan, kadang kala apabila kita bersemangat untuk membuat sesuatu perkara itu, tiba-tiba ada perkara lain yang lebih menarik minat kita untuk mencubanya. Ha, inilah yang dikatakan ujian. Untuk mencapai matlamat yang baik, semestinya banyak ujian yang pasti akan muncul.
Oleh itu, bekerja keras la untuk KEKAL FOKUS.
Ok la, saya rasa sudah cukup celoteh saya kali ini . TAPI ada perkara yang perlu dingatkan iaitu, “Matlamat Tak MengHalalkan Cara”. Kiranya macam , matlamat untuk bersedekah kepada anak yatim dengan cara mengambil rasuah. Oleh itu, jangan buat perkara yang tidak dibenarkan syarak ye.
Allah Memberi Ilham Untuk Kita Merancang,
Allah Juga yang Menentukan .
Sekian , Terima Kasih.
Best Regards,
Mohd Yusof
-MoYus is my Acronim-

