Pepatah Tamil dan Motivasi Kita

0

Posted by admin | Posted in Motivasi, Pesanan | Posted on 24-02-2010

Salam..

Apa khabar semua rakan cyber saya semua, diharapkan saudara saudari semua sihat sejahtera dan aman sentosa :-) . Ini adalah post ke 2 saya dalam blog ni. So idea menulis tu masih belum terbentuk, bakat menulis yang ada pun dah lama terhakis selepas peperiksaan STPM kertas sejarah..hehe kalau ada antara saudara-saudari yang ambil kertas sejarah untuk STPM pastinya mengerti kan. Betapa seksanya nak menulis jawapan esei tu kan..ok la, dah terbang kemana pulak ni. Sebelum saya hanyut dengan celoteh yang pelik-pelik . Baik kita fokus kembali kepada tajuk yang post kali ini..

Pepatah tamil dan Motivasi kita, kredit kepada Puan Ainon Mohd, penulis buku yang terkenal di Malaysia dan di wall Facebook pencinta ilmu semua. Pepatah yang dimaksudkan adalah ;

Pokok Yang Buahnya Manis Sahaja Dibaling Orang….

Apa yang saudara saudari difikirkan semasa pertama kali membaca pepatah ini? Tentunya ada yang berpendapat, yang masam pun dibaling orang jugak, adayang berpendapat buah yang manis sahaja dijual dan yang buruk dimakan sendiri.

TAPI pendapat saya pepetah ini amat sesuai sekiranya ingin digunakan sebagai penguat semangat. Bagi saya buah yang dimaksudkan mungkin bererti PENDAPAT , PERBUATAN , KATA-KATA dan lain-lain yang berkaitan. Disini saya berpendapat, perbuatan atau pendapat yang baik , yang berguna pastinya akan dihina , atau difitnah oleh orang lain yang dengki.

Ada betulnya juga pepatah ini bila ada orang yang sentiasa berprasangka buruk terhadap kita sekiranya kita melakukan sesuatu perkara. Bagi saya, BIARLAH apa orang nak kata dan yang PENTING kita sendiri tahu apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan adalah berlandaskan fakta yang sahih dan TIDAK melanggar HUKUM SYARAK.

Sememangnya mulut orang tidak mampu untuk kita tutup, tak kira apa yang kita buat pastinya ada yang membantah dan ada yang menyokong. Seperti yang saya katakan tadi , asalkan tidak melanggar HUKUM AGAMA, kita berhak untuk melakukan apa yang kita rasa betul dan katakan apa yang kita rasakan benar. Betul tak? :-)

Tidak Melanggar Hukum Agama Adalah Kewajipan Kita ..

Sekian ..

Best Regards,
- Mohd Yusof OWNer of MoYus-

MoYus Kembali Dengan Identiti Simple

0

Posted by admin | Posted in Celoteh Peribadi | Posted on 22-02-2010

Salam Perkenalan dan Salam Sejahtera semua…

Agak lama jugak blog ni terbiar, domain pun lama dah on TAPI tiada isi pun. So selepas beberapa episod sedih dalam rentetan hayat Blog MoYus.com ini, MoYus.com muncul kembali. Bukan apa, selepas dua tiga kali Blog ini M.I.A (Missing In Action) dan diserang ViR~uS, saya rasa macam nak mula ber’blog’ kembali. Nak tau kenapa?

  • Tiap-tiap kali ada berita baru, hanya akan ada difikiran sekejap saja. So kalau ada blog, boleh tulis kat blog kan..tahan lama sikit.hehe :-)
  • Kadang-kadang ada sesuatu yang agak penting untuk dikongsikan, susah sebab kena bagitahu direct, so kalau ada blog boleh la kawan-kawan semua baca kat blog kan.
  • Selain daripada nak ceritakan perkara penting atau baru pada kawan-kawan, blog ini juga akan diisi dengan cerita peribadi (dah ditapis..hehe) yang berkemungkinan boleh dijadikan teladan atau inspirasi buat pembaca semua.
  • Blog ini juga sebagai medium sekiranya terdapat peluang perniagaan yang ingin dikongsikan.
  • dan macam-macam sebab lagi kenapa saya nak buat blog ini termasuklah untuk memperkenalkan diri saya ini kepada orang-orang diluar sana..hehe (rasa macam selebriti sikit..:-))

Ok lah, apa yang SIMPLE nye? Apa lagi theme blog ni la..hehe Jangan Marah ha..erm rasanya setakat inilah saja coretan buat Mukaddimah blog ini.

Semoga kita bertemu lagi..

Sekian.

- Mohd Yusof is OWNed the MoYus -