Posted by admin | Posted in Pesanan | Posted on 27-06-2010
Salam Sejahtera,
Agak lama juga saya tak menulis di blog MoYus.com ni ye. Nak cakap sibuk tu, takde la sangat. Mungkin cuma tidak berkesempatan je kot..hehe. Maklumlah dah start kerja, jadi kerja tu kenalah diutamakan. Buat pengetahuan anda, saya sekranag bekerja untuk GiTN , company ni adalah satu syarikat subsidisari milik penuh TM. Mesti tak pernah dengar nama GiTN tu kan. Sebabnya syarikat ni adalah syarikat pembekal talian internet untuk badan-dan kerajaan. Contohnya kalau untuk bukan kerajaan, akan ada Streamyx, Digi Broadband, Maxis, Celcom. Untuk kerajaan, hanya GiTN. Ops, terlebih pula cerita pasal syarikat saya ni.
Berbalik kepada tajuk kita, tajuk kali memang terbaik kan, nak tau kenapa saya tulis pasal ni? Sejak kebelakangan ni, ade je kata-kata negatif yang saya dengar, ada yang saya baca.
Kenapa kita nak buat sesuatu perkara yang tak mendatangkan faedah kepada diri kita, lepas tu perkara itu pula turut membuatkan kita susah hati, sedih atau marah. Ini akan memberikan kerugian kepada kita dan ia adalah tindakan kita sendiri. Apa kata kita bersangka baik supaya kita tak sakit hati, tak marah, TAMBAHAN pula boleh buat kita tenang. Itu lagi penting kan?
Antara Formula Ketenangan Fikiran adalah sentiasa Bersangka Baik.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahwa dia lebih baik dari dirimu. Ucapkanlah dalam hatimu:
“Bisa jadi kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (Dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui, dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Orang ini bermaksiat kepada Allah karena dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak. Bisa jadi di akhir usianya dia memeluk agama islam dan beramal sholeh, dan bisa jadi di akhir usia, diriku kufur dan berbuat buruk.”(Syeikh Abdul Qadir Al Jailani)
Source: “Orang Bijak Berkata” oleh Habib Novel bin Muhammad Alaydrus
-creditted to Lokman Hakim-
Sekian, terima kasih
-Its me, Yusof-












